Friday, December 02, 2005

jauh...tapi singkat!

السّلام عليكم و رحمة الله

"A'kum.. dari Hanasia.Dijemput En.Norasman ke Majlis Perkahwinan Hanasia pada 03/12/2005 bertempat di Kg.Jagung Merotai. Semoga dengan kehadiaran tuan dapat memeriahkan lagi majlis.Sekian."
from:+6019-8090xxx

Hari ini perjalanan ku sekali lagi terasa seakan sudah begitu jauh namun hakikatnya amatlah singkat sekali! Dan beberapa hari yang lepas genaplah usia ku 22 tahun! hah? mcm tak percaya rasanya.... tapi itulah kenyataan yg harus aku terima. AKU DAH 22 TAHUN! huhu~

Masa semakin cepat berlalu.... dan adakalanya seperti masa itu berputar dengan kelajuan yang tak terkejar oleh aku!

Disini.. aku ingin mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada rakan sekelas aku ketika di SMK Merotai Besar, Tawau, Hanasia bte Siran dan pasangannya(aku masih x tahu nama dia) yang akan melangsungkan Majlis Pernikahan pada hari esok. Mohon maaf kerana aku tidak dapat hadir bersama kerana masih berada kat seberang laut ni.... Huhu~ terima kasih kerana masih ingat kat aku, even kita jarang bercakap satu sama lain kat kelas.... Semoga berbahagia hendaknya...Amin :)

p/s : hana... kem salam kat adeq yah! ahahahaa :p

Sunday, November 13, 2005

dan masa kian berlalu...


السّلام عليكم و رحمة الله
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ahaha... asyik terlewat nak wish!!
#photo by: locase.blogspot.com

Kepada ayahanda & ibunda, adik² ku geo & momoy, semua sanak saudara jauh & dekat, uncle zulk sekeluarga, semua kawan² sekolah smk merotai besar 99/00, smk wallace bay 96/98, sal college 01/05, serta rakan² online di mana pun kalian berada...

Salam Kemaafan Zahir dan Batin dari ku di perantauan... Mohon dimaafkan segala salah dan silap.. Moga kalian semua bergembira di Hari Raya dan juga di hari² yang mendatang. Buat rakan² seperjuangan ku yg masih teguh di medan sana, kuatkanlah azam kalian.. Semoga kalian akan mencapai segala yg di inginkan... Insya'allah...

Tuesday, October 25, 2005

Selamat Berpuasa!

السّلام عليكم و رحمة الله
ahahaha... mungkin sudah terlewat ucapan Selamat berpuasa kat atas tuh! Mostly org dah start say Selamat Hari Raya kan..??? Huhu~ Jauh nyer aku ketinggalan... pejam celik dah hampir 3 minggu kita berpuasa....! Dan tak lama lagi raya pula akan menjelma.

Kat tempat kerja, semuanya berjalan seperti hari2 biasa.. Cuma bezanya, time lunch aku bley relaks skit... takderlah jadi 'budak milo' mcm selalu... huhu~ Semalam, aku balik awal.. ingat nak amik half, tapi terlajak ke pukul 5 pula.. demam! tp bley pulak sampai Cyber cafe nih dlm keadaan ujan lebat kat luar tuh...! ekekekek... Sebenarnya, teringat janji ngan Syukri pasal mp3 yg dia request.. patut aku dah send semalam.. oleh krn aku demam, sampai terlupa pula... huhu~ ari nih yg terpaksa redah ujan...

Ramadhan kali ni adalah yg kali ke-2 aku kat KL. Dedulu aku kat Wangsa Maju, ngan budak2 kolej.. skang nih ngan famili kat PJ.. Huhu~ Sekali-sekala Nawing(kwn sekampung) ader jugak datang kat umah... Bila dok crita² tuh, mesti teringat zaman kecik² dulu... hahaha! lucu sesangat... Nawing nih, dulu bukan main besor! skang nih dah kurang sket besor aku tgk.. hahaaha.. mungkin masa training polis dulu dia diet kot! kekeekeke... aku plak, dari dedulu maintain slimmmmmmmm.... heheheeh

Tadi ada staff baru masuk kerja... Xiao Kang nama diberi! eceh~ then aku pulak kena jadik trainer dier...
"ah man, ini ah kang... from China. U tunjuk dia cara kerja kat sini..ok!"
"err.. ok, mrs chin!"
"but.. he cant speak malay arr......"
"hah....! err.... ok...ok..."sambil sengih²..
pastuh.. aper lagik, aku pun main hambur jeklah... ahahahaa... seb baik lah lidah aku bley pulak sebut² words yg tah aper²! ahahahaa rupa² nyer, Ah kang nih tinggal tak jauh dr umah aku.. selang bebrapa umah jer... huhu~

Saturday, September 24, 2005

"Jalan aku berliku"

Jalan aku berliku
Kadang ke kiri
Kadang ke kanan
Kadang juga ke belakang...

Jalan aku berliku
Kadang berdiri
Kadang duduk
Kadang juga terjatuh...

Jalan aku berliku
Kadang jaga
Kadang lelap
Kadang juga igau...

Jalan aku berliku
Kadang tawa
Kadang nangis
Kadang juga kesima...
Jalan aku berliku
Namun tuju ku hanya satu
Dalam mencari sinar kehidupan
Mengharap redha kasih ILAHI.

Friday, September 23, 2005

boooringgg...?????

السّلام عليكم و رحمة الله
ahahah... aku boring sesangat...! tak tau nak bwat aper... mungkin sebab pc aku masih dok kat tawau... klau tak, bley gak aku layan game! ahaha...

Anda boring...??? suka ngan art design?? or sekadar nak mengilangkan keboringan...
apa kata korang baca mesej dari abg Afdlin kita...

..........................................................
Pada kodok-kodok designer yang berada di cyberspace ini, siapa yang berminat nak try nasib untuk design poster filem gua yang akan bakal meledak di panggung pada tahun hadapan yang berjudul BULI BALIK, silalah cuba dan hantar artwork korang yang lo res dulu ke selambakodok@gmail.com dan lepas tu kita akan pamerkan ke masyarakat cyber dan kita buat online polling yang mana design bakal memenangi hadiah lumayan, Keluar lepak makan, tengok wayang dengan cast Buli Balik dan hadiah-hadiah gilababs-takhingat-punya yang akan diberitahu kelak.

Design Brief :

SYNOPSIS CERITA :Nordin buli balik Roy, yang hilang ingatannya, dalam filem ni kerana dia sudah mulai yakin dengan dirinya sendiri... Ala-ala revenge punya cerita lar. Revenge of the budak gemuk camtu ler.

FEEL :Dark sikit. Kerana membuak dendam Nordin kat Roy. tapi funny jugak at the same time. (ha mampusla korang buat)

COLOURS :Lebih kan ke reddish untuk match kesinambungan BULI .(rujuk design 1st buli kat blog Afdlin).
Tapi kalau ada idea lain yang menasabah belasah je.

Ko design style dia dan just position pelakon ikut suka korang dan kalau konfirm hang punya design juara, artis akan pergi photoshoot ikut design hang...

Tarikh tutup, pada hujung bulan NOVEMBER.
So okay itu aje buat kali ni..... yang lelain tu kita tunggu dulu. Thank you so much again.
Assalammualaikum.... enjoy the rideFASTER BABY FASTER!!!!POWER TO THE PEOPLE
-AFDLIN-

Amacam??? nak try??? ekekeke..

Monday, September 19, 2005

Dan masa pun berlalu...

السّلام عليكم و رحمة الله
Huh~ sejak aku bekerja nih, masa seakan berjalan dgn pantas sekali. Pejam celik tak lama lagi Ramadhan akan berkunjung tiba. Hah! korang yg belum bayar hutang posa lepas2, bila lagik nak bayor??? huhu~

Tuesday, September 13, 2005

kerja..kerja...kerja....

السّلام عليكم و رحمة الله
Alhamdulillah, dah lebih seminggu aku kat tempat kerja baru. Kat sebuah kedai komputer di kawasan yg berdekatan dengan tempat tinggal aku. Memula rasa kekok jugak, tambahan pula dari apa yg aku tahu, hanya ada 4 org melayu yg bekerja di bawah company tuh. 2 org kat tempat aku dan 2 org lagi kat other branch. Kedai komputer nih tak nampak macam kedai komputer lain2 tuh. Sebenarnya, tempat aku adalah HQ, jadik keadaannya nampak serupa mcm stor barang! Dari lantai hingga menyentuh dinding atas dipenuhi dengan barang2. Tempat nak bergerak pun cuma cekedit jek. Silap sket, teburai segala barang kat tepi2 jalan tuh...

"OK ker kerja baru?" ader kawan tanya mcm tuh. Nak kata OK tuh bolehlah... salary pun kira berbaloi jugak dengan kerja yg dibuat. Kerja aku cuma menaip masuk data2 barang yg akan dihantar ke branch. Bila ada stok baru sampai, aku kena check and sign. Tu jek...

Cuma aku terpaksa membiasakan diri dengan Win98 dan beberapa perisian lain seperti UBS Computerised dan juga Lotus Office.

Thursday, August 25, 2005

penunggu !!!

السّلام عليكم و رحمة الله
Ahahah... jangan salah paham pulak dengan tajuk entry kali nih! Penunggu yg dimaksudkan adalah merujuk kepada diri aku sendiri.. Sekarang nih, aku dah jadi penunggu setia! Mengalahkan sang pungguk? Lebey kureng cenggitulah... Aku pun dah naik lemak dengan pihak kolej, masalah aku dengan kolej dah berlanjutan selama 2 tahun! huhu~

esok, aku nak call cik S lagik...! aku dah tak sanggup nak tunggu lelama... aku ada byk urusan lagik yg nek kena selesaikan. Nak pi JB amik IC aku, nak carik rumah sewa baru, nak cari kerja, pastuh nak bayar duit keter, huhu~ selagi urusan ngan kolej x selesai, aku x leh bwat aper2....

dah 3 ari nih, aku online jek memanjang... duduk kat bilik sensorang, makan tido 24jam, bley giler aku... dapat online, bley gak aku release tensen sket. main game perang2 neh, best jugak. Pc aku lak blom sampai2 dr sabah. Klau ader pc, bley gak bwat kerja2 freelance skit...

tadi aku nak pi beli roti.. memikirkan ader Daisy kat peti sejuk tuh! Klau xder bwat aper2, perut aku kompom mintak isik jer... tp badan aku x pula naik2...! huhu~

klau ader masa, aku ingat nak pi wangsa maju ari ahad neh. Nak gi umah syah. Nak gak aku berborak ngan member2... Kat rumah ni, budak2 China jek.. dey all tau ckp china jek! Huhu~ Ahaa... ader satu budak tuh, aku tgk cara dier.. sebijik mcm si Han Ji-Eun! Hahaha... ker mata aku yg rabun? tapi.. betul lah... dia suka pakai2 mcm si Ji-Eun.. sebijik! huhu~

Aiseh... dah dekat kul 8.30mlm! ok arr.. aku nak tgk criter korean yg baru tuh... Cerita cinta kat Harvard! Best jugak......

Thanks bebanyak kat cik lily! coz bagi OST Full House tuh... cik mang chomey! ahahaah

Oh ya, lagik aku terjumpa blog En Afdlin yg gegiler tuh dan akak Yasmin! Hehehe..

Sunday, August 21, 2005

"yang tertinggal"

السّلام عليكم و رحمة الله
Yang Tertinggal - adalah tajuk cerita yang sedang aku tulis. Tapi proses penulisan terganggu disebabkan beberapa hal. Buat masa nih, aku x dapat nak teruskannya memandangkan komputer aku masih blom sampai lagik.

Selain itu, projek Diari Hitam masih samar-samar dalam fikiran aku. Patutkah aku teruskan atau pun tidak. Namun, aku perlu menyiapkan Yang Tertinggal secepat yang mungkin...

Urusan dengan pihak kolej masih xde aper2 respon..!

Boring nyer.....!

Friday, August 19, 2005

Watch TV ONLINE...

السّلام عليكم و رحمة الله
Apa khabar adik-adik semua...?? ekekkee... macamlah aku neh dah tua bangka! ekekek... Kali nih, abg nak bincangkan mengenai salah satu kelebihan penggunaan internet.



Tahukah adik2 sekalian, bahawa adik2 boleh melihat rancangan televisi bukan sahaja di kaca TV adik2, tetapi juga melalui kaca monitor adik2. Ketika adik2 sibuk membuat kerja rumah yang ditugaskan menggunakan komputer, adik2 boleh nyeyambil melihat rancangan kesukaan adik2. Tiada caj tambahan dikenakan. Segalanya adalah percuma.

Bagaimana caranya?
1 - adik2 haruslah meminta kebenaran daripada ibu bapa masing2 untuk menggunakan perkhidmatan internet.
2 - komputer adik2 haruslah menyokong penggunaan internet jalur lebar (broadband). Kat malaysia nih, ia lebih dikenali dengan panggilan STREAMYX.
3 - STREAMYX ader? bagus... teruskan mengikuti langkah seterusnya..
4 - PAstikan komputer adik2 menggunakan Windows Media Player Versi yg terbaru.
5 - Buat masa ini, abg sediakan sebahagian dari rangakaian TV yg boleh adik2 tontoni.
6 - Untuk pengetahuan adik2, sebahagian rancangan adalah dari luar negara! Dengan kata lain adik2 sedang menonton rancangan TV luar negara!! Huyoo.. terer arr adik! err... paham ker bahasa dey all...?? ekekeke...
7 - OK.. sekarang adik boleh memilih mana2 rangakaian TV yg adik kehendaki melalui link yg abg letak kat sebelah ---------------------------------------------->MY Online TV

Selamat Mencuba Adik-adik ku... ekekeke :p

Berjumpa lagi di lain siaran, di hari dan waktu yang sama...

Tuttt..tutt........tutt.......................................!

Tuesday, August 16, 2005

bye..bye.. servodron.com!

السّلام عليكم و رحمة الله
15hb Aug 2005 adalah hari terakhir utk servodron.com! bukan aku x mo renew, tapi aku dah bertekad + nekad untuk tidak menggunakan servodron.com lagik. huhu~ sedey lak... byk kenangan pahit manis aku ngan servodron.com. Dari aku yg x tau pasai komputer sampailah ke tahap aku hari ni.. huhu~ pastuh servodron jugaklah yg menemukan aku dgn seseorang yg begitu istimewa dalam hidupku... bercinta.. berkasih-sayang.. hidup bersama.. dan akhirnya berpisah.. servodron.com lah yg menjadi saksi segalanya...

Serba sedikit info tentang servodron.com :
- lahir pada pertengahan tahun 2001
- lahir dari gabungan perkataan servo + dron = servodron
- servo di ambil dari perkataan server
- dron pula adalah songsangan nick dulu2 aku pd tahun 1999.. nord
- mengalami beberapa variasi sebelum menjadi servodron.com. antaranya servodron.cjb.net, servodron.co.nr

Bermula hari ni, aku menggunakan link yg baru... sesapa yg nak link tuh, bley carik aku kat YM.

Cakap pasal template nih, korang leh download kat http://blogger-templates.blogspot.com/ percuma jek....! ;)

okays... jumpa lagik!

Tuesday, August 09, 2005

jerebu!

السّلام عليكم و رحمة الله
dah seminggu jerebu memenuhi ruang legar bandaraya Kuala Lumpur. Dan inilah pengalaman pertama berdepan ngan jerebu nih. Selalu tuh tgk kat TV jek. NI dah depan mata, dah sedut, dah masuk ke dalam jantung, ke pembuluh2 darah....! Errk.. Huhu~

Aku x tau nak tulis aper sebenarnya.. Seingat aku, banyak perkara yg aku miss kebelangan nih. Pagi jer pergi kerja... balik kerja petang.. tido kat umah.. ader mood tgklah TV. Oh, ya.. aku suka sangat tgk criter Full House kat 8tv! So, rasanya aku nak buh kat sini sedikit info pasai citer nih..




Sinopsis Full House (28 Julai 2005)
Tajuk Drama : Full House
OST : Oon Myung - Why
Negara : Korea
Siaran : 8TV (8.30 - 9.30 Malam)
Para pelakon:
Song Hae Gyo - Han Ji Eun
Jung Ji Hoon - Lee Young Jae
Han Eun Jung - Kang Hae Won
Kim Sung Soo - Yoo Min Hyuk

Watak-Watak Utama:

Han Ji-Eun <--cute seh! Ji Eun adalah seorang penulis novel persendirian. Dia tinggal di sebuah rumah yang dipanggil FULLHOUSE. Fullhouse adalah rumah peninggalan ayahnya. Kedua-dua ibubapa Ji Eun telah meninggal dunia. Ji Eun terpaksa berkahwin dengan Young Jae semata-mata untuk terus tinggal di FullHouse setelah FullHouse dijual kepada Young Jae oleh sahabatnya sendiri dengan cara menipu. Walaupun Ji Eun berkahwin dengan Young Jae dengan cara kontrak, dalam hati dia menaruh hati terhadap Young Jae. Dia menjadi sedih bila Young Jae selalu melayannya dengan kasar dan bila Young Jae lebih mengambil berat tentang Hae Won.

Lee Young Jae
Young Jae adalah seorang pelakon yang popular di Korea. Hidupnya berubah setelah dia berjumpa dengan Ji Eun. Dia berkahwin dengan Ji Eun demi menutup gosip yang sering melandanya lebih-lebih lagi bila dia mengetahui yang Ji Eun berkeras mahu mengambil semula FullHouse. Tetapi, cinta Young Jae hanya pada Hae Won walaupun dia tahu hakikat Hae Won lebih mencintai Ming Hyuk. Namun lama-kelamaan Young Jae mula menaruh hati terhadap Ji Eun. Oleh kerana egonya tinggi, Young Jae tidak mahu menunjukkan perasaannya, malah terus menerus melayan Ji Eun dengan buruk. Dia juga berasa sakit hati bila mengetahui yang Ming Hyuk juga ingin memiliki Ji Eun.


Kang Hae Won
Hae Won adalah rakan sepermainan Young Jae sejak kecil. Dia sangat menaruh hati pada Ming Hyuk tanpa menyedari yang sebenarnya Young Jae sangat mencintainya. Setelah Young Jae berkahwin dengan Ji Eun, barulah dia sedar yang sebenarnya dia lebih memerlukan Young Jae. Dia ingin mendapatkan semula cinta Young Jae, lebih-lebih lagi bila dia mengetahui yang perkahwinan antara Young Jae dan Ji Eun adalah atas dasar kontrak.


Yoo Ming Hyuk
Ming Hyuk adalah seorang lelaki yang hidupnya suka berfoya-foya, namun mempunyai kehidupan yang stabil dan adalah pemilik syarikat penerbitan yang besar. Dia tahu dirinya diminati oleh Hae Won, namun menolak cinta Hae Won kerana dia tahu Young Jae lebih mencintai Hae Won. Menyedari dirinya umpama saingan bagi Young Jae, dia cuba merapatkan dirinya dengan Ji Eun. Dia kemudian bertekad ingin memiliki Ji Eun setelah mengetahui tentang perkahwinan kontrak tersebut.


SINOPSIS:

EPISOD 1
Semasa Ji Eun sedang menulis di rumah, dia menerima panggilan dari kawannya (Dong Wook dan Hwee Jin) yang mengatakan dia telah memenangi tiket percuma ke Shanghai. Ji Eun berasa ragu-ragu pada mulanya tetapi akhirnya menerima tawaran tersebut kerana dia sangat mempercayai kawannya itu. Ji Eun yang jujur itu tak sedar yang sebenarnya dia ditipu oleh sahabat sendiri. Dalam kapal terbang, Ji Eun duduk bersebelahan dengan Young Jae, seorang pelakon popular Korea. Semasa dalam penerbangan, Ji Eun tiba-tiba mabuk kapal dan muntah ke atas baju Young Jae. Young Jae berasa sangat marah lalu meninggalkan bajunya dalam kapal terbang. Setiba di Shanghai, tanpa ada duit yang mencukupi, Ji Eun terpaksa berdikari mencari hotel yang sepatutnya telah ditempah untuknya. Setelah tiba di hotel dan mengetahui yang tiada tempahan hotel dibuat, dia telah ditolong oleh seorang pemuda Korea, Ming Hyuk, yang kebetulan berada di situ. Ji Eun berusaha menghubungi Dong Wook di Korea tetapi panggilan tidak diangkat. Ji Eun berasa susah hati memandangkan dia tiada bekalan duit yang mencukupi untuk bayaran hotel dan makan minum. Manakala Young Jae pula berasa susah hati dengan kedatangan Ming Hyuk. Dia ingin menghubungi Hae Won tetapi membatalkan niatnya itu. Ji Eun yang menghadapi jalan buntu pula terpaksa membuat keputusan untuk meminjam duit Young Jae yang kebetulan mendiami hotel yang sama. Ji Eun yang bijak menipu Young Jae dengan mengatakan dia ialah kekasih Ming Hyuk.

EPISOD 2
Sekembali dari Shanghai, Ji Eun mendapati yang rumahnya telah dijual oleh Dong Wook dan Hwee Jin kepada Young Jae. Ji Eun merayu pada Young Jae supaya memulangkan rumah itu kepadanya, tetapi telah dihalau oleh Young Jae. Ji Eun menangis bila mendapati gambarnya dengan keluarganya telah pecah. Ji Eun enggan pergi dari situ dan tidur di luar rumah sehingga demam. Young Jae terpaksa menjaganya dan terbaca diari Ji Eun yang mengatakan ayahnya telah meninggal dunia pada 19 haribulan. Apabila Ji Eun telah sembuh, Young Jae memberinya wang untuk mencari tempat tinggal lain. Tetapi melihat yang Ji Eun tiada tempat untuk dituju, Young Jae terpaksa membenarkannya tinggal di rumah tersebut dengan syarat dia harus berkerja di rumah itu untuk membayar duit yang dipinjamnya semasa berada di Shanghai dulu. Mahu tak mahu, Ji Eun terpaksa menurut. Keesokannya, Ji Eun pergi ke hospital apabila mengetahui yang Dong Wook dan Hwee Jin berada di situ. Manakala Young Jae pula berada di restoran untuk melamar Hae Won. Tiba-tiba Hae Won mendapat panggilan daripada Ming Hyuk lalu pergi dari situ. Young Jae berasa sakit hati setelah mengetahui hakikat yang Hae Won menaruh hati kepada Ming Hyuk. Semasa membersihkan rumah, Ji Eun ternampak jemputan untuk Young Jae ke majlis yang dihadiri oleh ramai selebriti. Ji Eun ingin ikut serta kerana dia ingin memperkenalkan hasil tulisannya kepada sesiapa yang berminat. Di majlis tersebut, Hae Won memberitahu Ming Hyuk yang dia sangat mencintainya. Tetapi Ming Hyuk menolak kerana dia tahu Young Jae mencintai Hae Won. Apabila Hae Won bertanya kepada Young Jae samada dia betul-betul mencintainya, Young Jae pula menjawab yang dia mencintai Ji Eun yang ketika itu berada di situ lalu menciumnya, di hadapan wartawan-wartawan yang hadir (part ni sah dipotong 8TV :).

EPISOD 3
Lamaran mengejut Young Jae terhadap Ji Eun telah menggemparkan pihak media. Ji Eun sangat terkejut dengan lamaran tersebut lebih-lebih lagi bila Young Jae mengatakan yang Ji Eun boleh tinggal di FullHouse selepas kahwin. Kawannya yang telah menipunya dulu ingin bertemu dengan Ji Eun. Bukan itu saja, malah ibubapa Young Jae ingin bertemu dengan Ji Eun. Ji Eun sangat terkejut dengan perjumpaan dengan ibubapa Young Jae, namun sebenarnya ibubapa Young Jae tidak berapa suka dengan Ji Eun. Ji Eun kemudian bertengkar dengan Young Jae lalu mengemas barang untuk keluar dari FullHouse.

EPISOD 4
Perkahwinan kontrak telah berlangsung di antara Ji Eun dan Young Jae. Pihak media dan orang luar fikir yang perkahwinan tersebut adalah atas dasar cinta, tetapi sebenarnya adalah pada kontrak dan perjanjian. Setelah pulang dari bulanmadu, Ji Eun mendapat panggilan daripada syarikat yang mengatakan berminat terhadap novelnya. Ji Eun berasa sakit hati apabila mengetahui yang syarikat tersebut sebenarnya lebih beminat terhadap gossip tentang Young Jae. Ji Eun kembali ke FullHouse dan menemui cincin yang dibuang oleh Young Jae. Ji Eun dan Young Jae kemudian bertengkar, dan Young Jae telah menghalaunya keluar. Hebohlah media massa membuat liputan tentang perceraian Young Jae dan Ji Eun. Manakala Young Jae pula bertemu dengan Hae Won dan Hae Won memberitahunya supaya mengingatinya sebagai orang penting dalan hatinya.

EPISOD 5
Emak dan nenek Young Jae melawat FullHouse. Mereka memarahi Ji Eun kerana dia tidak melawati mereka. Ji Eun meminta maaf kerana dia terlupa. Kemudian nenek Young Jae menyuruh Ji Eun tinggal bersama mereka dan ini membuatkan Ji Eun susah hati. Semasa makan malam, Ji Eun memberitahu perkara tersebut kepada Young Jae. Young Jae terpaksa pergi untuk memberitahu neneknya yang mereka tidak boleh tinggal bersama keluarga di sana. Sebelum pergi, Young Jae memberitahu Ji Eun yang neneknya adalah seorang yang baik tetapi tidak ayahnya. Namun hakikatnya, ayah Young Jae adalah seorang yang baik tetapi neneknya adalah seorang yang menakutkan. Selepas pulang dari melawat nenek Young Jae, sekali lagi mereka bertengkar namun segalanya reda setelah Young Jae membelinya aiskrim.

EPISOD 6
Semasa melawat Hae Won di hospital, Ji Eun perasan yang Young Jae sangat mengambil berat tentang Hae Won. Ji Eun bertanya Young Jae tentang hubungannya dengan Hae Won. Young Jae cuma menjelaskan yang mereka hanya rakan sepermainan sewaktu kecil. Sewaktu ingin masuk tidur, Ji Eun mendapati Young Jae telah pergi keluar rumah. Bila Young Jae pulang, Ji Eun bertanya ke mana dia telah pergi. Young Jae menjawab yang dia pergi menemani Hae Won di hospital Ji Eun bertanya kenapa dia membeli FullHouse. Young Jae menjawab dia ingin tinggal di situ untuk bersama dengan orang yang dicintainya sehingga dia mati. Ji Eun ingin menggembirakan hati Young Jae tetapi Young Jae memarahinya. Keesokkan paginya Ji Eun mendapati yang Young Jae sedang menyediakan sarapan pagi. Ji Eun menyangkakan sarapan itu untuknya, tetapi rupa-rupanya untuk Hae Won. Ji Eun membawa makanan itu ke hospital untuk Hae Won. Hae Won menerangkan kepada Ji Eun yang antara dia dan Young Jae hanya kawan. Semasa Hae Won keluar hospital, mereka terjumpa emak Young Jae. Ji Eun berasa tersisih apabila melihat emak Young Jae melayan Hae Won dengan baik. Di masa lain, Young Jae menemui Hae Won lagi dan tertinggal cincin perkahwinannya di situ. Ji Eun menjadi marah kerana cincin perkahwinan mereka telah hilang dan ingin keluar dari FullHouse. Ji Eun menemui Ming Hyuk untuk berbincang tentang novelnya manakala Young Jae menunggunya. Young Jae terpaksa pergi ke kedai barang kemas untuk mencari cincin yang serupa.

EPISOD 7
Ji Eun dan Young Jae mula menyukai antara satu sama lain dalam diam tetapi mereka menyembunyikan perasaan masing-masing dan sering bertengkar. Manakala Hae Won yang selama ini fikir yang dia mencintai Ming Hyuk kemudiannya menyedari yang dia sebenarnya mencintai Young Jae. Manakala Ji Eun dan Young Jae pula menghabiskan masa bergembira bersama dengan keluarga Young Jae.

EPISOD 8
Dong Wook, kawan Ji Eun menjadi pengurus Young Jae. Hae Won pula tidak dapat melupakan Young Jae. Oleh kerana itu pihak media menyangkakan yang mereka masih bercinta. Untuk menghentikan semua itu, Young Jae dan Ji Eun terpaksa buat interview dengan pihak wartawan di rumah mereka. Young Jae dan Ji Eun terpaksa bekerjasama dan bertengar lagi. Namun dalam hati, mereka sebenarnya menaruh perasaan. Manakala Ming Hyuk kelihatan meluangkan banyak masa untuk Ji Eun. Young Jae terpaksa menghalang Ji Eun dari rapat dengan Ming Hyuk kerana dia tahu perangai Ming Hyuk yang sebenar.

EPISOD 9
Ming Hyuk memberitahu Ji Eun yang dia menyukainya, walaupun hanya sebagai kawan. Ji Eun memberitahu perkara itu kepada Young Jae. Young Jae berpura-pura tidak kisah tetapi dia sebenarnya susah hati dengan berita itu. Young Jae menemui Ming Hyuk dan memberitahunya supaya jangan bermain-main dengan Ji Eun. Kawan Ji Eun, Hwee Jin melawat FullHouse dan terjumpa Ming Hyuk di situ. Dengan tak sengaja, dia membongkar rahsia tentang perkahwinan kontrak antara Young Jae dan Ji Eun kepada Ming Hyuk.

EPISOD 10
Setelah Ming Hyuk mengetahui tentang perkahwinan kontrak tersebut, dia bercadang untuk merampas Ji Eun dari Young Jae. Manakala nenek Young Jae pula sedang berusaha menolong Ji Eun supaya mengandung. Dong Wook dan Hwee Jin pula berasa susah hati setelah memecahkan rahsia tentang perkahwinan kontrak itu. Ming Hyuk menemui Ji Eun dan memberitahunya yang dia tahu tentang perkahwinan kontraknya bersama Young Jae. Ming Hyuk ingin Ji Eun memberinya peluang mencintainya. Hae Won pula menemui Ji Eun di FullHouse setelah mengetahui tentang perkahwinan tersebut dan berterus-terang mengatakan yang dia sebenarnya sangat benci pada Ji Eun. Hae Won membuat pertemuan dengan Young Jae di sebuah bar, dan mereka bercerita tentang masa lalu bersama, kemudian Hae Won menyatakan yang dia mahu bersama dengan Young Jae. Di rumah FullHouse, Ji Eun setia menunggu kepulangan Young Jae. Sekembali Young Jae di rumah, Ji Eun memberitahu Young Jae tentang Ming Hyuk yang menyukai dirinya. Ji Eun mahu meminta pendapat Young Jae tentang tawaran cinta Ming Hyuk terhadapnya.

EPISOD 11
Young Jae berada di dalam kekeliruan. Young Jae memberitahu Ji Eun, dia tak perlu meminta pendapatnya kerana antara mereka sebenarnya tiada apa-apa. Ji Eun berasa terluka mendengar penjelasan Young Jae. Ji Eun menemui Ming Hyuk dan meluahkan perasaan bencinya terhadap Young Jae. Ji Eun juga menyedari dia tak perlu lagi melakukan kerja-kerja rumah untuk Young Jae kerana hutangnya sudah selesai. Ji Eun pergi menemui Dong Wook dan Hwee Jin untuk meminta kembali duit yang mereka tipu dulu. Ji Eun ingin meminta cerai dari Young Jae membuatkan Young Jae terkejut. Young Jae kemudian mengugut kalau Ji Eun meminta cerai, dia takkan menyerahkan FullHouse kepadanya. Kemudian Young Jae marah dan menuduh Ming Hyuk yang merancang semua ini. Dia kemudian menengking Ji Eun walaupun Ji Eun menyukai Ming Hyuk sekalipun, dia takkan menceraikannya. Ji Eun berasa terluka dan mengatakan yang dia menyukai Young Jae, cuma Young Jae yang tidak melihatnya. Young Jae terdiam seketika.

EPISOD 12
Young Jae dan Ji Eun bercadang untuk bercerai. Malam itu kedua-duanya tidak dapat melelapkan mata. Ji Eun memberitahu perkara ini kepada Ming Hyuk. Manakala berita tentang perceraian mereka mendapat liputan hangat dari pihak media. Pihak syarikat menemui Ji Eun dan Hae Won dan mahu Ji Eun memikirkan kembali tentang isu cerai tersebut dan mahu Hae Won supaya jangan berjumpa Young Jae. Ji Eun yang masih menaruh hati terhadap Young Jae, menemui Young Jae dan mengatakan dia sedia memaafkan Young Jae. Young Jae berasa lega dapat melihat keadaan Ji Eun kembali. Manakala Ming Hyuk pula menemui Young Jae dan memberinya amaran supaya melepaskan Ji Eun.

EPISOD 13
Young Jae dan Ji Eun tidak jadi bercerai. Perkara ini membuatkan Ming Hyuk dan Hae Won berasa hampa. Young Jae pula semakin rajin menolong Ji Eun membuat kerja-kerja rumah membersihkan FullHouse. Young Jae juga mengirimkan bunga-bunga kepada Ji Eun. Hae Won yang masih menyukai Young Jae pula tidak henti-henti menangis dan menganggu Young Jae.

EPISOD 14
Ji Eun menemui Ming Hyuk. Ji Eun meluahkan bahawa dia sebenarnya tidak mahu semua ini berlaku. Dia sangat menyayangi keluarga Young Jae. Bila Ji Eun balik rumah, Young Jae menunggunya. Young Jae berpura-pura menonton TV setelah nampak Ji Eun datang. Young Jae bertanya samada Ji Eun pergi berjumpa Ming Hyuk. Ji Eun mengaku dan ini membuatkan Young Jae marah. Ji Eun berkata dia bertemu Ming Hyuk adalah kerana Young Jae. Young Jae kemudian reda, dan berjanji akan menjaga Ji Eun. Ji Eun menyoalnya kembali adakah dia tahu berbuat demikian? Young Jae kemudian menyoalnya pula, adakah Ming Hyuk tidak pernah melukainya? Bolehkah Ming Hyuk menjaga Ji Eun sepertinya?

EPISOD 15
Nenek Young Jae tidak sihat dan berada di hospital. Ji Eun melawatnya di hospital dan meminta maaf daripadanya. Nenek Young Jae berasa tidak senang lalu Ji Eun pun keluar dari bilik tersebut dan cuba untuk menenangkan perasaannya. Ayah Young Jae memerhatinya dari jauh dan kemudian pergi dari situ. Nenek Young Jae komplen kepada emak Young Jae yang orang yang diharapnya datang melawatnya tidak datang, malah Ji Eun yang tak disukainya pula datang. Ji Eun kemudian masuk ke bilik nenek Young Jae dan dimarahi oleh nenek Young Jae. Nenek Young Jae menuduh Ji Eun adalah penyebab mengapa hubungan Young Jae dan ayahnya tidak baik. Nenek Young Jae mahu Ji Eun membawa Young Jae bertemu ayahnya untuk meminta maaf.

EPISOD 16
Young Jae berhasrat untuk meluahkan perasaan cintanya yang dipendam selama ini terhadap Ji Eun. Di hadapan Ji Eun, Young Jae mengaku dia tidak akan melepaskan JI Eun lagi dan mengaku semua kesalahannya adalah di atas keegoannya sendiri. Dia mengaku selama ini dia selalu menyakiti Ji Eun kerana dia tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan perasaan cinta terhadapnya. Young Jae malah sanggup menyanyi dan menari asalkan Ji Eun mahu menerimanya. Kemudian Young Jae menunjukkannya cincin dan melamar Ji Eun semula. Ji Eun berasa terkejut dengan lamaran tesebut dan meminta diberi tempoh 3 hari untuk memikirkannya. Tetapi Young Jae hanya memberinya sehingga hari esok. Pagi esoknya, Young Jae mendapati Ji Eun masih tidur di hadapan computer. Young Jae kemudian menutup tubuh Ji Eun dengan selimut dan menutup komputernya. Kembali dari berjoging, Ji Eun terus memarahi Young Jae kerana menutup komputernya dan menghilangkan segala dokumen yang ditulisnya. Ji Eun menangis lalu Young Jae memarahinya dan mengatakan yang Ji Eun sebenarnya langsung tak ada bakat menulis. Kemudian Ji Eun menyoalnya kenapa dia mahu mengawininya. Dengan ego, Young Jae menjawab sebab dia kasihankan Ji Eun dan hanya dia saja yang mampu menjaganya. Ji Eun kecewa lalu menolak lamaran Young Jae. Young Jae kemudian meminta maaf daripada Ji Eun dan melamarnya kembali. Ji Eun berkata Young Jae seorang yang bodoh kerana mereka sememangnya sudah berkahwin. Young Jae meluahkan perasaannya sekali dan mengatakan 'sarang hae' (I love u) dan kemudian menciumnya. END.

bestkan criter nih...!

**kat 8tv mungkin jalan crita di pendekkan menjadi byk episod.
**sumber www.tokeikedai.net

Wednesday, July 20, 2005

Good Receiving Assistant..

السّلام عليكم و رحمة الله
Masuk ari nih, sudah 4 hari aku bekerja kat Jaya Market nih.. Nasib baiklah juga aku tak ditempatkan kat department yg memerlukan aku untuk berdepan dgn customer... huhu~! Sebagai Pembantu Stok, aku bertanggungjawab dalam hal² yang melibatkan penerimaan & pengeluaran stok. Berurusan dengan para supplier kadang2 memeningkan kepala. Good Receiveing Module dan Fresh Market Receiving Module adalah antara sistem yang digunakan. Menggunakan paparan GUI dan juga DOS. Rasanya GRM dibangunkan menggunakan Microsoft Visual Foxpro dan FMR pula dibangunkan menggunakan C / C++. Menggunakan sistem² ini membuatkan aku kagum jugak dengan programmer yg membangunkan sistem tu.

Kelmarin aku pergi pula interview kat Renault.. Entah dapat ker tak.. 30% jek! huhu~ Masa tu, ramai gak yg pergi intebiu.. semuanya terdiri dari mereka-mereka yang PROfesional! wowowo..

Esok aku nak pegi pejabat KWSP untuk mendapatkan penyata KWSP aku. Pastuh, nak pergi pula ke kolej... Mudahan tuntutan baki pinjaman aku diluluskan...! Insya'allah... Klau tak..??? GRRR..!!!!! errr, mudah²an tak bertembung ngan N..! Huhu~

Tuesday, July 12, 2005

Petaling Jaya.. here i am!

السّلام عليكم و رحمة الله
alhamdulillah... sudah masuk hari ke-4 aku kat PJ nih.. Sejak aku kat sini, hujan mencurah-curah turun.. Menurut emak, sebelum ini tiada langsung titik-titik hujan yang menyentuh tanah PJ! Mudah-mudahan rezeki aku kat sini mencurah-curah umpama sang hujan.. Hujan Rahmat!

Semalam aku berurusan dengan pihak kolej kat Wangsa Maju. Jauh juga perjalanan! Aku yang tak tahu sangat jalan kat KL nih, terpaksalah minta bantuan AC! huhu~ Kat kolej dapat jumpa GJ, Is, Badak, Jerung.. geng2 lama aku...! Dan kemudian berurusan dengan pihak kolej mengenai lebihan pinjaman yg berjumlah Rm8250! Sepatutnya, wang itu dah dikembalikan pada PTPTN 2 tahun yg lepas..!
"maaflah.. kolej blom mengembalikan wang tu lagi.."
tapi ini cerita 2 tahun yg lepas! - aku bwat muka2 serius..
"sbenarnya, cek susah nak keluarkan.."
"beginilah.. awak berikan saya surat dr PTPTN tuh, saya akan kepilkan dengan cek itu nanti dan serahkan pada En H. Klau dia yg uruskan, cepat sikit.." - alasan semata2!
baiklah.. 2 hari lagi saya datang bawa surat tuh! saya nak semuanya di selesaikan dalam bulan ini juga..! - padan muka diorang..

Sebelum aku balik.. aku gi makan ngan gj, is, badak, jerung + awek.. kat care4! aku duduk semeja ngan gj memandangkan meja satu tuh sempit.. meja yg berhadapan dgn pintu masuk.. tengah aku syok makan + sembang ngan Gj.. Huh~ hampir2 aku tersedak! aku rasa seperti kenal dengan muka gurl yg melangkah masuk... Tapi... betul kah? diakah? tapi rambut dia..?? lawa...! uhh..
"man...!! bila sampai...?? ngaper x britahu...bla..??? bla?? " - byk tul soklan minah ni!
Gulp! err.. makanlah dulu.. nanti kita sembang2.. - aku x brani nak pandang dia...
"betul ya... makanlah..! nanti datang kolej jugak kan...? jumpa sana ya....? ok.." - uhh.. lega dia dah pergi...

Lepas makan, aku terpaksa balik cepat... mama aku tepon kata ada kerja! masa nak balik, terserempak ngan Suzana! Waah.. makin mengancem dia..! Terlalu jauh dia berubah... Dulu masa sekolah sama2 kat sabah.. tak begini orang nya.... Huhu~ dlm lrt waktu balik.. hp asyik berdering sajer.. nasib baik letak vibrate saja... malas nak angkat! mesti shah yg tepon... hampeh ko shah..! bwat penat aku jek nunggu... seb baik tak berkulat.....! heheheheh

Thursday, July 07, 2005

suara hati dia...

السّلام عليكم و رحمة الله
Kadang-kadang terfikir akan diriku.. akan keanehan dunia tika ini, semakin maju bertamadun namun semakin pudar pula nilai-nilai kemanusiannya.. apa benar kita akan mencipta satu zaman Jahiliyyah lagi?

Dunia yg penuh kedamaian kini diganti dengan keganasan. Peperangan seperti sudah menjadi tradisi penting dalam mencari jelan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang wujud. Dari peperangan, kematian, kemusnahan, kerosakan akan menghiasi setiap pengakhiran yang bukan penamat segalanya...

Apa yang kita dapat akhirnya? Tangisan anak-anak kecil? Mayat yg bergelimpangan? Habuk dan darah sebati mengalir... Inikah yang kita mahukan?

Ke mana perginya nilai-nilai kemanusiaan kita? Ke mana hilangnya semangat saling menyayangi antara kita?

Mungkinkah ia HILANG DALAM PEMBANGUNAN zaman ini?
Jadi.. untuk apa sebenarnya PEMBANGUNAN ini?
Kitakah yang salah kerana PEMBANGUNAN ini atau PEMBANGUNAN itu?

Allah S.W.T telah berfirman :
“Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan contoh tauladan yang baik.”

Keruntuhan sesuatu tamadun adalah disebabkan kegagalan umatnya mempertahankan akhlak dan perpaduan. Sejarah dunia Islam sudah banyak mengajar kita, tamadun Islam berada di puncak ketika dunia melangkah ke alaf yang lalu tetapi merosot ke tahap terendah apabila tiba ke penghujungnya.

Sunday, July 03, 2005

malam yg in...

السّلام عليكم و رحمة الله
berjalan aku berjalanlah aku... suddenly, nampak sebuah kereta, Perdana woo..! Lajus giler.. dah tu kat RoundABout.. Aper lagik.. terbang melayang... macam kertas buruk kena tiup dek angin sepoi-sepoi bahasa... wooosh! senyap seketika... BANG!!! Menciumlah ia akan tiang bendera yg mengkilat tuh... patah... patah tiang bendera tuh..! Bahagian hadapan sebelah depan pemandu hingga ke tayar kanan hadapan hancurs...! huhu~ begitu tragis skali...

Tup! Pintu kereta terbuka.. Kuar sorang budak laki yg mukanya.. uhh~ kasihan sungguh.. mengalahkan muka pengemis² kat tepi jalan tuh...! Orang ramai disekitar situ, mula berasak-asak datang.. bukan nak membantu... nak tengok nombor plat keta! Untung² naik nombor nih...! Begitulah kalik yg difikirikan diorang...

Saturday, July 02, 2005

titik mula...

السّلام عليكم و رحمة الله
Bermulanya di sini...bagi aku yg tak tahu apa-apa, terlalu asing sekali..

err.. aper nih? - mouse..

banyak noh punat-punat pelik? - keyboard lah!

ni.. banyak lah channel tv leh dapat yer..?? - tu monitor, untuk paparan komputer. Bukan TV!

oh.. yg box besor ni..? ader butang besor-kecik.. yg besor ni mesti utk off! Ops..! - Huh! Yang ko pi tekan menatang tu bwat aper...! Tak sempat aku nak save dokumen aku... Huhu~ Ni yg aku nak nangis nih...! Huwaaa~

err.. sorrylah! aku x sengaja.. tertekan... Huhu~ Janganlah nanges.. orang tengok tuh... Uhh~