Thursday, July 07, 2005

suara hati dia...

السّلام عليكم و رحمة الله
Kadang-kadang terfikir akan diriku.. akan keanehan dunia tika ini, semakin maju bertamadun namun semakin pudar pula nilai-nilai kemanusiannya.. apa benar kita akan mencipta satu zaman Jahiliyyah lagi?

Dunia yg penuh kedamaian kini diganti dengan keganasan. Peperangan seperti sudah menjadi tradisi penting dalam mencari jelan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang wujud. Dari peperangan, kematian, kemusnahan, kerosakan akan menghiasi setiap pengakhiran yang bukan penamat segalanya...

Apa yang kita dapat akhirnya? Tangisan anak-anak kecil? Mayat yg bergelimpangan? Habuk dan darah sebati mengalir... Inikah yang kita mahukan?

Ke mana perginya nilai-nilai kemanusiaan kita? Ke mana hilangnya semangat saling menyayangi antara kita?

Mungkinkah ia HILANG DALAM PEMBANGUNAN zaman ini?
Jadi.. untuk apa sebenarnya PEMBANGUNAN ini?
Kitakah yang salah kerana PEMBANGUNAN ini atau PEMBANGUNAN itu?

Allah S.W.T telah berfirman :
“Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan contoh tauladan yang baik.”

Keruntuhan sesuatu tamadun adalah disebabkan kegagalan umatnya mempertahankan akhlak dan perpaduan. Sejarah dunia Islam sudah banyak mengajar kita, tamadun Islam berada di puncak ketika dunia melangkah ke alaf yang lalu tetapi merosot ke tahap terendah apabila tiba ke penghujungnya.

No comments: