Wednesday, July 20, 2005

Good Receiving Assistant..

السّلام عليكم و رحمة الله
Masuk ari nih, sudah 4 hari aku bekerja kat Jaya Market nih.. Nasib baiklah juga aku tak ditempatkan kat department yg memerlukan aku untuk berdepan dgn customer... huhu~! Sebagai Pembantu Stok, aku bertanggungjawab dalam hal² yang melibatkan penerimaan & pengeluaran stok. Berurusan dengan para supplier kadang2 memeningkan kepala. Good Receiveing Module dan Fresh Market Receiving Module adalah antara sistem yang digunakan. Menggunakan paparan GUI dan juga DOS. Rasanya GRM dibangunkan menggunakan Microsoft Visual Foxpro dan FMR pula dibangunkan menggunakan C / C++. Menggunakan sistem² ini membuatkan aku kagum jugak dengan programmer yg membangunkan sistem tu.

Kelmarin aku pergi pula interview kat Renault.. Entah dapat ker tak.. 30% jek! huhu~ Masa tu, ramai gak yg pergi intebiu.. semuanya terdiri dari mereka-mereka yang PROfesional! wowowo..

Esok aku nak pegi pejabat KWSP untuk mendapatkan penyata KWSP aku. Pastuh, nak pergi pula ke kolej... Mudahan tuntutan baki pinjaman aku diluluskan...! Insya'allah... Klau tak..??? GRRR..!!!!! errr, mudah²an tak bertembung ngan N..! Huhu~

Tuesday, July 12, 2005

Petaling Jaya.. here i am!

السّلام عليكم و رحمة الله
alhamdulillah... sudah masuk hari ke-4 aku kat PJ nih.. Sejak aku kat sini, hujan mencurah-curah turun.. Menurut emak, sebelum ini tiada langsung titik-titik hujan yang menyentuh tanah PJ! Mudah-mudahan rezeki aku kat sini mencurah-curah umpama sang hujan.. Hujan Rahmat!

Semalam aku berurusan dengan pihak kolej kat Wangsa Maju. Jauh juga perjalanan! Aku yang tak tahu sangat jalan kat KL nih, terpaksalah minta bantuan AC! huhu~ Kat kolej dapat jumpa GJ, Is, Badak, Jerung.. geng2 lama aku...! Dan kemudian berurusan dengan pihak kolej mengenai lebihan pinjaman yg berjumlah Rm8250! Sepatutnya, wang itu dah dikembalikan pada PTPTN 2 tahun yg lepas..!
"maaflah.. kolej blom mengembalikan wang tu lagi.."
tapi ini cerita 2 tahun yg lepas! - aku bwat muka2 serius..
"sbenarnya, cek susah nak keluarkan.."
"beginilah.. awak berikan saya surat dr PTPTN tuh, saya akan kepilkan dengan cek itu nanti dan serahkan pada En H. Klau dia yg uruskan, cepat sikit.." - alasan semata2!
baiklah.. 2 hari lagi saya datang bawa surat tuh! saya nak semuanya di selesaikan dalam bulan ini juga..! - padan muka diorang..

Sebelum aku balik.. aku gi makan ngan gj, is, badak, jerung + awek.. kat care4! aku duduk semeja ngan gj memandangkan meja satu tuh sempit.. meja yg berhadapan dgn pintu masuk.. tengah aku syok makan + sembang ngan Gj.. Huh~ hampir2 aku tersedak! aku rasa seperti kenal dengan muka gurl yg melangkah masuk... Tapi... betul kah? diakah? tapi rambut dia..?? lawa...! uhh..
"man...!! bila sampai...?? ngaper x britahu...bla..??? bla?? " - byk tul soklan minah ni!
Gulp! err.. makanlah dulu.. nanti kita sembang2.. - aku x brani nak pandang dia...
"betul ya... makanlah..! nanti datang kolej jugak kan...? jumpa sana ya....? ok.." - uhh.. lega dia dah pergi...

Lepas makan, aku terpaksa balik cepat... mama aku tepon kata ada kerja! masa nak balik, terserempak ngan Suzana! Waah.. makin mengancem dia..! Terlalu jauh dia berubah... Dulu masa sekolah sama2 kat sabah.. tak begini orang nya.... Huhu~ dlm lrt waktu balik.. hp asyik berdering sajer.. nasib baik letak vibrate saja... malas nak angkat! mesti shah yg tepon... hampeh ko shah..! bwat penat aku jek nunggu... seb baik tak berkulat.....! heheheheh

Thursday, July 07, 2005

suara hati dia...

السّلام عليكم و رحمة الله
Kadang-kadang terfikir akan diriku.. akan keanehan dunia tika ini, semakin maju bertamadun namun semakin pudar pula nilai-nilai kemanusiannya.. apa benar kita akan mencipta satu zaman Jahiliyyah lagi?

Dunia yg penuh kedamaian kini diganti dengan keganasan. Peperangan seperti sudah menjadi tradisi penting dalam mencari jelan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang wujud. Dari peperangan, kematian, kemusnahan, kerosakan akan menghiasi setiap pengakhiran yang bukan penamat segalanya...

Apa yang kita dapat akhirnya? Tangisan anak-anak kecil? Mayat yg bergelimpangan? Habuk dan darah sebati mengalir... Inikah yang kita mahukan?

Ke mana perginya nilai-nilai kemanusiaan kita? Ke mana hilangnya semangat saling menyayangi antara kita?

Mungkinkah ia HILANG DALAM PEMBANGUNAN zaman ini?
Jadi.. untuk apa sebenarnya PEMBANGUNAN ini?
Kitakah yang salah kerana PEMBANGUNAN ini atau PEMBANGUNAN itu?

Allah S.W.T telah berfirman :
“Serulah manusia ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah dan contoh tauladan yang baik.”

Keruntuhan sesuatu tamadun adalah disebabkan kegagalan umatnya mempertahankan akhlak dan perpaduan. Sejarah dunia Islam sudah banyak mengajar kita, tamadun Islam berada di puncak ketika dunia melangkah ke alaf yang lalu tetapi merosot ke tahap terendah apabila tiba ke penghujungnya.

Sunday, July 03, 2005

malam yg in...

السّلام عليكم و رحمة الله
berjalan aku berjalanlah aku... suddenly, nampak sebuah kereta, Perdana woo..! Lajus giler.. dah tu kat RoundABout.. Aper lagik.. terbang melayang... macam kertas buruk kena tiup dek angin sepoi-sepoi bahasa... wooosh! senyap seketika... BANG!!! Menciumlah ia akan tiang bendera yg mengkilat tuh... patah... patah tiang bendera tuh..! Bahagian hadapan sebelah depan pemandu hingga ke tayar kanan hadapan hancurs...! huhu~ begitu tragis skali...

Tup! Pintu kereta terbuka.. Kuar sorang budak laki yg mukanya.. uhh~ kasihan sungguh.. mengalahkan muka pengemis² kat tepi jalan tuh...! Orang ramai disekitar situ, mula berasak-asak datang.. bukan nak membantu... nak tengok nombor plat keta! Untung² naik nombor nih...! Begitulah kalik yg difikirikan diorang...

Saturday, July 02, 2005

titik mula...

السّلام عليكم و رحمة الله
Bermulanya di sini...bagi aku yg tak tahu apa-apa, terlalu asing sekali..

err.. aper nih? - mouse..

banyak noh punat-punat pelik? - keyboard lah!

ni.. banyak lah channel tv leh dapat yer..?? - tu monitor, untuk paparan komputer. Bukan TV!

oh.. yg box besor ni..? ader butang besor-kecik.. yg besor ni mesti utk off! Ops..! - Huh! Yang ko pi tekan menatang tu bwat aper...! Tak sempat aku nak save dokumen aku... Huhu~ Ni yg aku nak nangis nih...! Huwaaa~

err.. sorrylah! aku x sengaja.. tertekan... Huhu~ Janganlah nanges.. orang tengok tuh... Uhh~