Saturday, September 24, 2005

"Jalan aku berliku"

Jalan aku berliku
Kadang ke kiri
Kadang ke kanan
Kadang juga ke belakang...

Jalan aku berliku
Kadang berdiri
Kadang duduk
Kadang juga terjatuh...

Jalan aku berliku
Kadang jaga
Kadang lelap
Kadang juga igau...

Jalan aku berliku
Kadang tawa
Kadang nangis
Kadang juga kesima...
Jalan aku berliku
Namun tuju ku hanya satu
Dalam mencari sinar kehidupan
Mengharap redha kasih ILAHI.

Friday, September 23, 2005

boooringgg...?????

السّلام عليكم و رحمة الله
ahahah... aku boring sesangat...! tak tau nak bwat aper... mungkin sebab pc aku masih dok kat tawau... klau tak, bley gak aku layan game! ahaha...

Anda boring...??? suka ngan art design?? or sekadar nak mengilangkan keboringan...
apa kata korang baca mesej dari abg Afdlin kita...

..........................................................
Pada kodok-kodok designer yang berada di cyberspace ini, siapa yang berminat nak try nasib untuk design poster filem gua yang akan bakal meledak di panggung pada tahun hadapan yang berjudul BULI BALIK, silalah cuba dan hantar artwork korang yang lo res dulu ke selambakodok@gmail.com dan lepas tu kita akan pamerkan ke masyarakat cyber dan kita buat online polling yang mana design bakal memenangi hadiah lumayan, Keluar lepak makan, tengok wayang dengan cast Buli Balik dan hadiah-hadiah gilababs-takhingat-punya yang akan diberitahu kelak.

Design Brief :

SYNOPSIS CERITA :Nordin buli balik Roy, yang hilang ingatannya, dalam filem ni kerana dia sudah mulai yakin dengan dirinya sendiri... Ala-ala revenge punya cerita lar. Revenge of the budak gemuk camtu ler.

FEEL :Dark sikit. Kerana membuak dendam Nordin kat Roy. tapi funny jugak at the same time. (ha mampusla korang buat)

COLOURS :Lebih kan ke reddish untuk match kesinambungan BULI .(rujuk design 1st buli kat blog Afdlin).
Tapi kalau ada idea lain yang menasabah belasah je.

Ko design style dia dan just position pelakon ikut suka korang dan kalau konfirm hang punya design juara, artis akan pergi photoshoot ikut design hang...

Tarikh tutup, pada hujung bulan NOVEMBER.
So okay itu aje buat kali ni..... yang lelain tu kita tunggu dulu. Thank you so much again.
Assalammualaikum.... enjoy the rideFASTER BABY FASTER!!!!POWER TO THE PEOPLE
-AFDLIN-

Amacam??? nak try??? ekekeke..

Monday, September 19, 2005

Dan masa pun berlalu...

السّلام عليكم و رحمة الله
Huh~ sejak aku bekerja nih, masa seakan berjalan dgn pantas sekali. Pejam celik tak lama lagi Ramadhan akan berkunjung tiba. Hah! korang yg belum bayar hutang posa lepas2, bila lagik nak bayor??? huhu~

Tuesday, September 13, 2005

kerja..kerja...kerja....

السّلام عليكم و رحمة الله
Alhamdulillah, dah lebih seminggu aku kat tempat kerja baru. Kat sebuah kedai komputer di kawasan yg berdekatan dengan tempat tinggal aku. Memula rasa kekok jugak, tambahan pula dari apa yg aku tahu, hanya ada 4 org melayu yg bekerja di bawah company tuh. 2 org kat tempat aku dan 2 org lagi kat other branch. Kedai komputer nih tak nampak macam kedai komputer lain2 tuh. Sebenarnya, tempat aku adalah HQ, jadik keadaannya nampak serupa mcm stor barang! Dari lantai hingga menyentuh dinding atas dipenuhi dengan barang2. Tempat nak bergerak pun cuma cekedit jek. Silap sket, teburai segala barang kat tepi2 jalan tuh...

"OK ker kerja baru?" ader kawan tanya mcm tuh. Nak kata OK tuh bolehlah... salary pun kira berbaloi jugak dengan kerja yg dibuat. Kerja aku cuma menaip masuk data2 barang yg akan dihantar ke branch. Bila ada stok baru sampai, aku kena check and sign. Tu jek...

Cuma aku terpaksa membiasakan diri dengan Win98 dan beberapa perisian lain seperti UBS Computerised dan juga Lotus Office.