Friday, December 02, 2005

jauh...tapi singkat!

السّلام عليكم و رحمة الله

"A'kum.. dari Hanasia.Dijemput En.Norasman ke Majlis Perkahwinan Hanasia pada 03/12/2005 bertempat di Kg.Jagung Merotai. Semoga dengan kehadiaran tuan dapat memeriahkan lagi majlis.Sekian."
from:+6019-8090xxx

Hari ini perjalanan ku sekali lagi terasa seakan sudah begitu jauh namun hakikatnya amatlah singkat sekali! Dan beberapa hari yang lepas genaplah usia ku 22 tahun! hah? mcm tak percaya rasanya.... tapi itulah kenyataan yg harus aku terima. AKU DAH 22 TAHUN! huhu~

Masa semakin cepat berlalu.... dan adakalanya seperti masa itu berputar dengan kelajuan yang tak terkejar oleh aku!

Disini.. aku ingin mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada rakan sekelas aku ketika di SMK Merotai Besar, Tawau, Hanasia bte Siran dan pasangannya(aku masih x tahu nama dia) yang akan melangsungkan Majlis Pernikahan pada hari esok. Mohon maaf kerana aku tidak dapat hadir bersama kerana masih berada kat seberang laut ni.... Huhu~ terima kasih kerana masih ingat kat aku, even kita jarang bercakap satu sama lain kat kelas.... Semoga berbahagia hendaknya...Amin :)

p/s : hana... kem salam kat adeq yah! ahahahaa :p