Monday, January 02, 2006

Pergi yang tak kembali.....

السّلام عليكم و رحمة الله

Firstly, aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2006 !!! Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan kita di bumi ini.. Apa jua yg berlaku di tahun yg sudah² perlu diambil iktibar dan tauladan untuk kita. Yang telah pergi, bersama-samalah kita mendoakan agar roh mereka di tempatkan bersama roh org² yg bertakwa dan beriman. Amin.

Semalam, aku dikejutkan dengan sms yg aku terima dari kampung. Pemergian sepupu aku Mohd Ridzwan pada 12hb Disember yg lepas amat sukar untuk aku terima. Masih segar dlm ingatan ku pada kali terakhir aku mengunjungi rumahnya, ketika itu adalah hari pengebumian jenazah ayahnya sekitar dalam bulan april 2005. Beliau menghembuskan nafasnya di Hosp Queen Elizabeth setelah didapati terdapat ketulan darah beku di dalam otaknya akibat terjatuh ketika di dalam bilik mandi Politeknik Kota Kinabalu. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh org² yg beriman. Amin.

Al-fatihah.....