Sunday, August 20, 2006

Aku dan karyaku............

السّلام عليكم و رحمة الله
Agaknya sudah berapa lama aku tidak mengupdate blog??? Banyak sebenarnya yg ingin aku rakamkan di sini, tetapi rasa malas yg sering menghalangku. Biarlah rahsia.... Hehehehe...

Ketika aku menulis blog ni, aku baru sahaja bangun dr tidur! Sudah masuk 2 minggu aku bekerja di sebuah kilang di Taming Jaya,Serdang. Inilah pengalaman pertama aku bekerja pada sebelah malam! Memang kaw-kaw mengantuk aku... Adakala tu, terasa seakan-akan nak terkeluar biji mata dek menahan rasa mengantuk... Huhu~ Aku ditugaskan untuk mengendalikan 2 buah mesin yg melakukan boring process pada parts yg dipanggil T&K Bracket Right. Ia adalah sebahagian parts dalam enjin kereta. Rasa kekok pada mulanya,mana taknya.. bekerja dengan hampir 200 org pekerja berbagai bangsa dan agama. Bermacam-macam ragam yg aku dapat lihat.

Walaupun aku dah bekerja di kilang, tapi aku amat tetap ingin berkecimpung dalam dunia IT. Diriku dan komputer, tidak dapat dipisahkan... Hehehehe..

Alhamdulillah.. aku dah menyiapkan kira-kira 80% Online Reservation System untuk Dragonn Inn Floating Semp0rna. Aku cuba menaik-taraf sistem yg aku buat pada 2004 ni dengan menggunakan media yang lebih latest. Dengan menggunakan PHP language, antaramuka bergrafik dan sokongan database yg lebih mudah diselia. Jika ada sesiapa yg ingin bercuti atau berbulan madu bolehlah berkunjung ke Semp0rna,Sabah. Rasailah pengalaman tinggal di atas air! Untuk keterangan lanjut serta tempahan penginapan, sila layari http://www.dragoninnfloating.com.my

Buat kak maya, maaflah 20% lagi tu tertangguh... HUhu~ PC kat sini tak dapat nak akses Web Server! huhuhu~ Insya'allah saya akan usahakan dalam masa yg terdekat ni... ;-)

Sebenarnya, aku rasa amat gumbira sekali kerana melibatkan diri aku dalam projek web nih. Ini kerana sistem tempahan ini berjaya mencapai sasaran aku iaitu dapat digunakan oleh pelancong lebih dari 13 negara. HUhuhu~

Harapan aku pada masa akan datang, semoga dapat meningkatkan mutu kerja aku serta kreativiti tanpa batasan. Mudah-mudahan lepas ni, ada lagi projek yer sis! Hehehe :)

Wassalam..