Sunday, May 04, 2008
Friday, May 02, 2008
titik mula?
Alhamdulillah... aku masih punya kesempatan utk menulis dlm ruangan ini. Sudah sekian lama blog aku sunyi dan sepi.. huhu~ Bukan aku sudah tidak sudi utk menulis lagi, tetapi agaknya kerana kesibukan dunia yg aku kejarin selama ini membataskan masaku..
Masa begitu pantas berlalu buatku.. aku rindukan suasana dahulu.. namun mungkin kerana masa sudah merubah segalanya.. semuanya sudah tidak sama seperti dahulu lagi... begitu banyak yg berubah...
Aku tidak mahu karangan yg panjang ini.. tapi juga tidak sekerat pantun yg tergantung maksudnya.. harapnya mata dapat memahami yg tersirat..
Tuesday, November 21, 2006
dan masa pun berlalu...
Aduh! Lama banget gue tidak menulis dalam blog. Hampir 3 bulan jugak lah! Lama tuh!! Huahuahua~
Alhamdulillah.. ramadhan dan syawal dah pun berlalu.. perasaan ketika dlm puasa tuh kengkadang terasa jugak. Ada masa tuh, rasa mcm ragu-ragu nak makan/minum.. ekekeke.. Syawal kali nih sambut kat Serdang jak. aku x balek kampung la.. lagipun mak abah suma kat sini.. so jemput nenda jer datang beraya korban kat sini nanti..Insya'allah.
Streamyx in a box!! Yea.. aku dah apply+setup mender nih.. Alhamdulillah, bolehlah tenet dr rumah. Dah 2 minggu agaknya.. dan dah 2 minggu jugak aku kurang sket tido. Nak jadikan crita Jumaat tadi, aku tertidor kat dlm toilet!! Hahahaha
Gini.. Dalam kul 4 kot.. aku terjaga dr tido.. tp still rasa letey+ngantuk giler. Aku baring kat ruang tamu, dlm keadaan separa sedar tuh, aku dgr cousin aku ckp dia nak balek Klang. Dan pada masa yg sama gak sayup2 aku dgr suara takbir raya dr tv. Orang nak balek kan.. xkan aku wat dono jak.. Aku rasa ngantuk woo... Aku pakse diri aku pi cuci muka kat toilet. Jalan pun senget sebelah.. mata lak mcm mata garfield tuh. Masuk bilek air, baru ja nak angkat gayung, tup! aku tetiba rasa pelik semacam. Gelap! Pastuh rasa sakit kepala sesangat! 1st time aku rasa sakit kepala mcm tu.. aku pegang kepala aku.. Sakit wooo!!! Then rasa sesak nafas! Dlm keadaan sakit kepala aku pakse buka mata.. "Eh apersal aku tido kat dlm bilik air ney???" Aku jadik bingung.. Aku berpaut kat dinding. Cuba utk berdiri.. 5 saat gitu.. sakit kepala dah kurang.. Aku cuba ingat balek.. rupanya masa aku nak cuci muka aku pitam kejap..terus terbaring kat lantai.. mujur jugak dlm beberapa saat saja. Aku kuar then ckp kat emak.. kena cuci kejap.. cousin dok ketawakan aku! :p huhuhu~ Lepas ney.. taubat dah... hehehe.. lepas 3 jam.. aku rasa saket kat batang idung... belek2 kat cermin.. merah+bengkak! lorr.. masa jatuh rupanya aku terhantuk kat sink tuh~ huwaaaa....~
Hehee... tuh crita jumaat lepas! Ni lak crita ari nih.. Alhamdulillah petang ni aku akan start keje kat tempat baru. kat mana..??? hehehe.. x mo bagitau! tapi kat syarikat courier services.. tempat dia kat PJ sana.. maknanya, aku kena naek Komuter Serdang > KL Central > Kg Dato' Harun ! Huhu~ waktu kerja 8pm > 5am! kerja malam jek.. Huhu~ Aku still x tau kerja dept mana. Harap-harapnya dapat tempat yg sesuai utk aku. :)
Esok..ada beberapa perkara yg aku perlu lakukan..
- bangun awal.. sebab nak tido belah petang(charging battery)
- pegi gunting rambut! (panjang sgt.. mcm rambut Rain-nak bwat mcm rambut Fazley arr!!)
- beli minyak rambut..
- iron baju kerja..
- kul 5pm pegi komuter Serdang
Huhu~
Sunday, August 20, 2006
Aku dan karyaku............
Agaknya sudah berapa lama aku tidak mengupdate blog??? Banyak sebenarnya yg ingin aku rakamkan di sini, tetapi rasa malas yg sering menghalangku. Biarlah rahsia.... Hehehehe...
Ketika aku menulis blog ni, aku baru sahaja bangun dr tidur! Sudah masuk 2 minggu aku bekerja di sebuah kilang di Taming Jaya,Serdang. Inilah pengalaman pertama aku bekerja pada sebelah malam! Memang kaw-kaw mengantuk aku... Adakala tu, terasa seakan-akan nak terkeluar biji mata dek menahan rasa mengantuk... Huhu~ Aku ditugaskan untuk mengendalikan 2 buah mesin yg melakukan boring process pada parts yg dipanggil T&K Bracket Right. Ia adalah sebahagian parts dalam enjin kereta. Rasa kekok pada mulanya,mana taknya.. bekerja dengan hampir 200 org pekerja berbagai bangsa dan agama. Bermacam-macam ragam yg aku dapat lihat.
Walaupun aku dah bekerja di kilang, tapi aku amat tetap ingin berkecimpung dalam dunia IT. Diriku dan komputer, tidak dapat dipisahkan... Hehehehe..
Alhamdulillah.. aku dah menyiapkan kira-kira 80% Online Reservation System untuk Dragonn Inn Floating Semp0rna. Aku cuba menaik-taraf sistem yg aku buat pada 2004 ni dengan menggunakan media yang lebih latest. Dengan menggunakan PHP language, antaramuka bergrafik dan sokongan database yg lebih mudah diselia. Jika ada sesiapa yg ingin bercuti atau berbulan madu bolehlah berkunjung ke Semp0rna,Sabah. Rasailah pengalaman tinggal di atas air! Untuk keterangan lanjut serta tempahan penginapan, sila layari http://www.dragoninnfloating.com.my
Buat kak maya, maaflah 20% lagi tu tertangguh... HUhu~ PC kat sini tak dapat nak akses Web Server! huhuhu~ Insya'allah saya akan usahakan dalam masa yg terdekat ni... ;-)
Sebenarnya, aku rasa amat gumbira sekali kerana melibatkan diri aku dalam projek web nih. Ini kerana sistem tempahan ini berjaya mencapai sasaran aku iaitu dapat digunakan oleh pelancong lebih dari 13 negara. HUhuhu~
Harapan aku pada masa akan datang, semoga dapat meningkatkan mutu kerja aku serta kreativiti tanpa batasan. Mudah-mudahan lepas ni, ada lagi projek yer sis! Hehehe :)
Wassalam..
Wednesday, May 17, 2006
#kunak @Dalnet Online...
Duh... malasnya rasa nak menaip...! Kat bawah tu... adalah layout baru untuk web http://kunak.rocks.it

itu jek aku nak cakap.... ehheheeh.... wassalam.. :p
Monday, May 08, 2006
Tuesday, April 18, 2006
Sunday, March 26, 2006
kelemahan scripting dlm ventures.com.my
*Informasi ini digunakan untuk tujuan pendidikan, musafir-it tidak bertanggung jawab sekiranya terdapat penyalahgunaan informasi yang ada pada web ini. Gunakan segala bentuk informasi disini secara bijak untuk melindungi diri anda sendiri agar tidak menjadi korban internet.
Untuk menembusi sekuriti sesebuah web bukanlah mudah. Namun adakalanya hanya kerana kesilapan satu abjad dalam scripting boleh menjadi lubang untuk dicerobohi oleh sesiapa pun.
Secara tidak sengaja saya menemukan satu lubang yg saya kira agak besar juga dalam web www.ventures.com.my Melalui beberapa artikel yang saya baca dari jasakom.com, terutamanya sebuah artikel yang membahaskan mengenai psikologi hacking. Dalam ventures.com.my saya mencuba akan keberkesanan psikologi hacking saya. Ternyata ianya berhasil apabila saya berjaya memuat turun database web. Kita semua tahu akan kepentingan sesebuah database bukan?? Ia menyimpan 1001 maklumat yang amat berguna sekali. Dari database itu, saya dapat melihat semua user + password mereka. Satu langkah yg bijak, kerana pihak admin melakukan encryption pada password. Saya tidak dapat pastikan berapa bit mereka gunakan. Kerana saya sememangya tidak mengerti hal2 encryption ini. Apatah lagu nak melakukan decryption. Dari awal lagi saya sudah katakan, saya hanya mempraktikkan psikologi hacking saya.
Pada awalnya saya berasa hampa kerana masih tidak dapat menembusi sekuriti web walaupun database sudah ada dlm tangan. Namun sekali lagi saya bermain dengan psikologi hancking. Hanya berbekalkan username, saya mencuba untuk membuat login dlm web. Bukan sekali malahan berpuluh-puluh kali. Hasilnya tetap juga gagal.
Entah bagaimana, saya cuba menggunakan salah satu dr username yg ada. Dan membuat link terus kepada laman yg biasanya user akan masuk apabila password mereka betul. Saya mengagak ia adalah Home.asp Ternyata, tekaan saya tepat! Saya kini sudah masuk dalam sistem web sebagai user tadi.
Caranya amat mudah sekali. Saya hanya menggunakan user "aziz" Tanpa mengisi ruang password, terus sahaja tekan submit. Bila laman error dibuka. Tukarkan alamat web pada http://ventures.com.my/manager/Home.asp Nah! anda sudah masuk bukan...??
Kepada pihak web berkenaan... Diharap dapat memperbetulkan kesilapan ini.
Harap maklum.
Sunday, March 05, 2006
ahahahaa...aku dah......tut.........!!!
ahahaha.... tut..... aku...tut........! mender nih... asyik tut...tut... jek....!! kentut ker??? hmmp!!
ok... semua org ada lagu febret kan...?? aku pun mcm tuh jugak... aku ada lagu febret aku sendirik... lagu nih org yg send kat aku.. sampai la ni aku minat tahap lentok kat lagu nih...! bila aku buka lagu neh.. ada org kata.. lagu mender ko dgr tuh...??? ko paham ker..?? bahse mender tuh..?? tp lepas dua tiga kalik kuar masuk tinga derang... eh, ko bagi aku lagu yg ari tuh... minta aku lagu tuh... bestlah pulak aku dgr... :p ahahaha... mcm tu lah aku... memula tuh mcm beasa jer... tp lelama, terus lekat di kalbu...!! uhuhu~
aper kata kita nyanyi samer2 lagu neh... best woo...!!! klau x best? cuba dgr 3 kalik... mesti tangkap lentok punya......!!!!!!!! kita layan jer.......<--tiru ckp far fauzana....!! ekekek.....! ;)
todoitekureru to ii na
kimi no wakannai tokoro de boku mo ima kanadeteru yo
sodatanai de shioireteta shinme mitai na omoi wo
futatsu kasanete narasu ha-moni-
'arigatou' to 'gomen ne' wo kurikaeshite bokura
hitokoishisa wo tsumiki mitai ni noseteyuku
arifureta jikan ga itoshiku omoetara
sore ha 'ai no shiwaza' to chiisaku waratta
kimi ga miseru shigusa boku ni mukerareteru sain
mou nani hitotsu miotosanai
sonna koto kangaeteiru
tama ni mutonjyaku na kotoba de yogoshiatte
tagai no mijyukusa ni iyake ga sasu
demo itsuka ha hadaka ni nari amai taion ni furete
yasashisa wo misetsukeau
niteru kedo dokoka chigau dakedo onaji nioi
karada demo kokoro demo naku aishiteiru
wazuka datte akari ga kokoro ni tomoru nara
taisetsu ni shinakya to bokura ha chikatta
meguriatta subete no mono kara okurareru sain
mou nani hitotsu minogasanai
sou yatte kurashiteyukou
ryokudou no komorebi ga kimi ni atatte yureru
jikan no utsukushisa to zankokusa wo shiru
nokosareta jikan ga bokura ni ha aru kara
taisetsu ni shinakya to chiisaku waratta
kimi ga miseru shigusa boku wo tsuyoku saseru sain
mou nani hitotsu miotosanai
sou yatte kurashiteyukou
sonna koto wo kanagaeteiru
Friday, February 24, 2006
begitu sahaja....
uhuhu.. dunno lah! aku semakin malas rasanya nak update blog neh... even kengkadang mcm2 idea timbul tenggelam kat kepala... tapi bila sentuh jek keyboard,huh! tu jek yg kuar... ekekeke
aku baru jek sembuh lepas kena chiken pox! ahahaa... dah x hensem wooo.... :p ahahaha... syukur jugak, sebab x teruk sangat... tapikan, pas jek aku sembuh..adik aku pulak kena lagi... ahahaha.. berjangkit wooo!!! ekekeke...
ari nih, aku malas nak online sebenarnya... penat arr balik kerja... dah arr kat tempat kerja asyik tension saja.... nak jugak relax.... huhu~ tadi online mirc kejap jek.. main kuiz kat #kunak.. tapi hampeh! satu soklan pun aku x dapat nak jawab...... ntah aper2 jek soklan dia......... :p
huhu~ aku kebosanan sebenarnya... yerlah, komputer aku blom sampai lagik.. still kat sabah! woaa... so bored u now...........! :-(
aper lagik aku nak tulis arr.....
arrr...
hmmm...
huh!
Thursday, February 02, 2006
Aku yang penakut!!!
Monday, January 02, 2006
Pergi yang tak kembali.....
Firstly, aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2006 !!! Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan kita di bumi ini.. Apa jua yg berlaku di tahun yg sudah² perlu diambil iktibar dan tauladan untuk kita. Yang telah pergi, bersama-samalah kita mendoakan agar roh mereka di tempatkan bersama roh org² yg bertakwa dan beriman. Amin.
Semalam, aku dikejutkan dengan sms yg aku terima dari kampung. Pemergian sepupu aku Mohd Ridzwan pada 12hb Disember yg lepas amat sukar untuk aku terima. Masih segar dlm ingatan ku pada kali terakhir aku mengunjungi rumahnya, ketika itu adalah hari pengebumian jenazah ayahnya sekitar dalam bulan april 2005. Beliau menghembuskan nafasnya di Hosp Queen Elizabeth setelah didapati terdapat ketulan darah beku di dalam otaknya akibat terjatuh ketika di dalam bilik mandi Politeknik Kota Kinabalu. Semoga roh beliau ditempatkan bersama roh org² yg beriman. Amin.
Al-fatihah.....
Friday, December 02, 2005
jauh...tapi singkat!
"A'kum.. dari Hanasia.Dijemput En.Norasman ke Majlis Perkahwinan Hanasia pada 03/12/2005 bertempat di Kg.Jagung Merotai. Semoga dengan kehadiaran tuan dapat memeriahkan lagi majlis.Sekian."
from:+6019-8090xxx
Hari ini perjalanan ku sekali lagi terasa seakan sudah begitu jauh namun hakikatnya amatlah singkat sekali! Dan beberapa hari yang lepas genaplah usia ku 22 tahun! hah? mcm tak percaya rasanya.... tapi itulah kenyataan yg harus aku terima. AKU DAH 22 TAHUN! huhu~
Masa semakin cepat berlalu.... dan adakalanya seperti masa itu berputar dengan kelajuan yang tak terkejar oleh aku!
Disini.. aku ingin mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada rakan sekelas aku ketika di SMK Merotai Besar, Tawau, Hanasia bte Siran dan pasangannya(aku masih x tahu nama dia) yang akan melangsungkan Majlis Pernikahan pada hari esok. Mohon maaf kerana aku tidak dapat hadir bersama kerana masih berada kat seberang laut ni.... Huhu~ terima kasih kerana masih ingat kat aku, even kita jarang bercakap satu sama lain kat kelas.... Semoga berbahagia hendaknya...Amin :)
p/s : hana... kem salam kat adeq yah! ahahahaa :p
Sunday, November 13, 2005
dan masa kian berlalu...
السّلام عليكم و رحمة الله
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Ahaha... asyik terlewat nak wish!!
#photo by: locase.blogspot.com
Kepada ayahanda & ibunda, adik² ku geo & momoy, semua sanak saudara jauh & dekat, uncle zulk sekeluarga, semua kawan² sekolah smk merotai besar 99/00, smk wallace bay 96/98, sal college 01/05, serta rakan² online di mana pun kalian berada...
Salam Kemaafan Zahir dan Batin dari ku di perantauan... Mohon dimaafkan segala salah dan silap.. Moga kalian semua bergembira di Hari Raya dan juga di hari² yang mendatang. Buat rakan² seperjuangan ku yg masih teguh di medan sana, kuatkanlah azam kalian.. Semoga kalian akan mencapai segala yg di inginkan... Insya'allah...
Tuesday, October 25, 2005
Selamat Berpuasa!
ahahaha... mungkin sudah terlewat ucapan Selamat berpuasa kat atas tuh! Mostly org dah start say Selamat Hari Raya kan..??? Huhu~ Jauh nyer aku ketinggalan... pejam celik dah hampir 3 minggu kita berpuasa....! Dan tak lama lagi raya pula akan menjelma.
Kat tempat kerja, semuanya berjalan seperti hari2 biasa.. Cuma bezanya, time lunch aku bley relaks skit... takderlah jadi 'budak milo' mcm selalu... huhu~ Semalam, aku balik awal.. ingat nak amik half, tapi terlajak ke pukul 5 pula.. demam! tp bley pulak sampai Cyber cafe nih dlm keadaan ujan lebat kat luar tuh...! ekekekek... Sebenarnya, teringat janji ngan Syukri pasal mp3 yg dia request.. patut aku dah send semalam.. oleh krn aku demam, sampai terlupa pula... huhu~ ari nih yg terpaksa redah ujan...
Ramadhan kali ni adalah yg kali ke-2 aku kat KL. Dedulu aku kat Wangsa Maju, ngan budak2 kolej.. skang nih ngan famili kat PJ.. Huhu~ Sekali-sekala Nawing(kwn sekampung) ader jugak datang kat umah... Bila dok crita² tuh, mesti teringat zaman kecik² dulu... hahaha! lucu sesangat... Nawing nih, dulu bukan main besor! skang nih dah kurang sket besor aku tgk.. hahaaha.. mungkin masa training polis dulu dia diet kot! kekeekeke... aku plak, dari dedulu maintain slimmmmmmmm.... heheheeh
Tadi ada staff baru masuk kerja... Xiao Kang nama diberi! eceh~ then aku pulak kena jadik trainer dier...
"ah man, ini ah kang... from China. U tunjuk dia cara kerja kat sini..ok!"
"err.. ok, mrs chin!"
"but.. he cant speak malay arr......"
"hah....! err.... ok...ok..."sambil sengih²..
pastuh.. aper lagik, aku pun main hambur jeklah... ahahahaa... seb baik lah lidah aku bley pulak sebut² words yg tah aper²! ahahahaa rupa² nyer, Ah kang nih tinggal tak jauh dr umah aku.. selang bebrapa umah jer... huhu~
Saturday, September 24, 2005
"Jalan aku berliku"
Jalan aku berliku
Jalan aku berliku
Jalan aku berliku
Kadang tawa
Friday, September 23, 2005
boooringgg...?????
ahahah... aku boring sesangat...! tak tau nak bwat aper... mungkin sebab pc aku masih dok kat tawau... klau tak, bley gak aku layan game! ahaha...
Anda boring...??? suka ngan art design?? or sekadar nak mengilangkan keboringan...
apa kata korang baca mesej dari abg Afdlin kita...
..........................................................
Pada kodok-kodok designer yang berada di cyberspace ini, siapa yang berminat nak try nasib untuk design poster filem gua yang akan bakal meledak di panggung pada tahun hadapan yang berjudul BULI BALIK, silalah cuba dan hantar artwork korang yang lo res dulu ke selambakodok@gmail.com dan lepas tu kita akan pamerkan ke masyarakat cyber dan kita buat online polling yang mana design bakal memenangi hadiah lumayan, Keluar lepak makan, tengok wayang dengan cast Buli Balik dan hadiah-hadiah gilababs-takhingat-punya yang akan diberitahu kelak.
Design Brief :
SYNOPSIS CERITA :Nordin buli balik Roy, yang hilang ingatannya, dalam filem ni kerana dia sudah mulai yakin dengan dirinya sendiri... Ala-ala revenge punya cerita lar. Revenge of the budak gemuk camtu ler.
FEEL :Dark sikit. Kerana membuak dendam Nordin kat Roy. tapi funny jugak at the same time. (ha mampusla korang buat)
COLOURS :Lebih kan ke reddish untuk match kesinambungan BULI .(rujuk design 1st buli kat blog Afdlin).
Tapi kalau ada idea lain yang menasabah belasah je.
Ko design style dia dan just position pelakon ikut suka korang dan kalau konfirm hang punya design juara, artis akan pergi photoshoot ikut design hang...
Tarikh tutup, pada hujung bulan NOVEMBER.
So okay itu aje buat kali ni..... yang lelain tu kita tunggu dulu. Thank you so much again.
Assalammualaikum.... enjoy the rideFASTER BABY FASTER!!!!POWER TO THE PEOPLE
-AFDLIN-
Amacam??? nak try??? ekekeke..
Monday, September 19, 2005
Dan masa pun berlalu...
Huh~ sejak aku bekerja nih, masa seakan berjalan dgn pantas sekali. Pejam celik tak lama lagi Ramadhan akan berkunjung tiba. Hah! korang yg belum bayar hutang posa lepas2, bila lagik nak bayor??? huhu~
Tuesday, September 13, 2005
kerja..kerja...kerja....
Alhamdulillah, dah lebih seminggu aku kat tempat kerja baru. Kat sebuah kedai komputer di kawasan yg berdekatan dengan tempat tinggal aku. Memula rasa kekok jugak, tambahan pula dari apa yg aku tahu, hanya ada 4 org melayu yg bekerja di bawah company tuh. 2 org kat tempat aku dan 2 org lagi kat other branch. Kedai komputer nih tak nampak macam kedai komputer lain2 tuh. Sebenarnya, tempat aku adalah HQ, jadik keadaannya nampak serupa mcm stor barang! Dari lantai hingga menyentuh dinding atas dipenuhi dengan barang2. Tempat nak bergerak pun cuma cekedit jek. Silap sket, teburai segala barang kat tepi2 jalan tuh...
"OK ker kerja baru?" ader kawan tanya mcm tuh. Nak kata OK tuh bolehlah... salary pun kira berbaloi jugak dengan kerja yg dibuat. Kerja aku cuma menaip masuk data2 barang yg akan dihantar ke branch. Bila ada stok baru sampai, aku kena check and sign. Tu jek...
Cuma aku terpaksa membiasakan diri dengan Win98 dan beberapa perisian lain seperti UBS Computerised dan juga Lotus Office.


