Saturday, December 05, 2009

dan sebenarnya...

السّلام عليكم و رحمة الله
Ahaha... kali ni aku x tau nak tulis apa... tp tajuk tu mang mberi seribu makna padaku.. Beberapa ari lepas,adalah besday aku...x sedar langsung masa blalu bgitu pantas! Terlalu byk perkara yg aku x dpt laksanakan..tlalu byk yg aku tertinggal dan yg aku tinggalkan... aku rasakan perubahan itu..tp entah mengapa dan knapa aku seolah2 setia dgn keadaan mcm ni....tbelenggu dlm dunia ku sendiri... tkongkong dlm dimensi ku sendiri... hidup aku jadi kelam...muram..dan gulita!! penuh dgn mainan emosi..egois..juga ketaksuban yg ntah apa2 ntah!! aku ingin keluar dr smua nih...yah! AKU INGIN KELUAR!!!

Dalam masa tdekat nih..tlalu byk perkara yg mbuatkan aku tsentak akan realiti hidup yg aku xpernah fikirkan...yg aku xpernah ingin ambil tahu.... betapa kecilnya dunia ku.. betapa ceteknya ilmu di dada.....byk pengertian yg aku harus selami dan pelajari....

Terima kasih pada BINTANG..


kerana mengingatkan aku pada diri aku satu waktu dahulu... aku x skuat kamu ir... kamu telah benar2 mngejutkan aku dari tidur yg panjang ini.. kamulah sahabat yg terbaik yg pernah aku ada... kamu adalah sebahagian dari hidupku....Terima kasih sangat2...!

*************************

SATURDAY, NOVEMBER 21, 2009

yang membuat aku tersenyum hari ini..

"awan pasti bintang akan jumpa awan terbaik utk bintang"

"sampai bila2 pun jua...
bintang sentiasa ada di hati awan..."


he appeared, he came, he conquered, he vanished
I was left dumbfounded, awestruck, HURT.
after all these years the memories of him stuck in my mind and heart
and a few days ago, he came back.

kalau lah saya tak pernah sayang dan kasih kan kamu satu masa dulu, mungkin saya akan membenci kamu sebanyak mana saya benci kaum Israel yang seronok membunuh rakyat palestine.

tapi tuhan dah takdirkan , hati saya tidak akan pernah mampu untuk membenci kamu

dan itu seharusnya akan membuat saya lebih SAKIT. .. tetapi Allah terlalu cintakan saya.. maka DIA hilangkan kesakitan itu.. jadi hari ini saya tidak mahu lagi mencuba untuk membenci kamu, Awan..

and so here comes the end of the story of Bintang and Awan


Hari ini
kala aku merenung langit
terlihat aku gumpulan awan
lalu aku bertanya
wahai awan, tanpa aku
tidak kah hatimu sakit
dan dia berkata
aku tenang tiada rawan
kerana kamu, larasephia
di hatiku tiada sempat
aku semadikan
bicara itu awan
anehnya tidak lagi
membuat aku menangis
kerana kini aku
tersenyum penuh lega
agaknya kamu tahu awan
pertemuan kita kali ini
untuk meluruh saki baki
pertanyaan dan benci yang bersisa



with this, I'm bidding farewell untuk semua masa lalu yang menyakitkan

selamat datang bahagia!!!




THURSDAY, NOVEMBER 19, 2009

Cinta 1

AWAN

kamu pernah hadir meneman kan aku
kata kamu aku lah bintang paling terang
sudah nya kamu hilang
dan biar kan aku
hanyut
kelam
dan
mati

ini untuk kamu , Awan
supaya dapat kamu saksi kan
dengan mata dan mata hati
setelah kamu pergi
aku masih lagi kukuh di sini

suatu masa lalu
ketika aku
seorang BINTANG
ketika kamu
seorang AWAN

***


27 May 2005
02:41 am

Bintang..kasih yang suci dan murni datangnya dari DIA
diterbitkan di hati INSAN
dan setiap hati insan itu ditakdirkan
ada penemannya
kamu harus percaya
apa yang aku percaya

Ir..
jgnlah menangis lagi
perjalanan ir masih terlalu jauh lagi
TUHAN maha mengetahui
Mohonlah pada DIA
agar dilapangkan hati
Redhalah apa yang berlalu
kerana itu kehendakNYA
Kiranya dia itu tertakdir buatmu
dia pasti kembali lagi
dan andai tidak
kamu akan sentiasa
ada AKU
untuk KAMU

30 May 2005
01:52 am

Mengapa mesti menghukum diri, Ir..
Segala yang jatuh ke atas kita ini
adalah kehendak Allah
berdosa kita mempersoalkannya

Kita manusia, kita lemah, Ir..
usah terlalu yakin dengan apa yang kita lihat dengan mata
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita
mungkin saja
Apa yang kita lihat tidak akan sama dengan apa yang kita rasa
dan apa yang kita rasa kadangkala
tak akan sama dengan semua yang dapat dilihat
tapi ingatlah, Ir..
apa jua yang kita lihat dan rasa itu
adalah takdir DIA
kita tiada hak menafikan

2 June 2005
02:13 am

D**n minta maaf kalau D**n silap
D**n nak Ir macam dulu..
Biarlah tak bercahaya
Bintang tetap bintang
Mungkin kisah cinta yang tak tercapai olehmu itu
akan kekal mengekang kamu seluruh hidup
Tapi kita hidup di dunia ini
bukan hanya untuk ITU.. kan Ir?

Jika kita terlalu mengagungkan cinta
jadilah kita hamba kepada cinta
mungkin D**n masih belum arif akan cinta
tapi D**n yakin cinta itu ada dalam diri
mengapa perlu mencari cinta
sedang ia ada dalam diri..?
akan tiba juga masa itu, Ir..
percaya lah

Ir.. AWAN pun menangis
tangisnya jatuh dalam titisan hujan
kita sama sama insan
tapi mungkin rentak hidup
berbeza.. :)

3 June 2005
02:45 am

Dan Awan pun menumpahkan sisa sisa tangisnya
maka mendung pun berlalu di titisan yang akhir
terpancarlah sinarnya bintang di balik awan
putih sejernihnya embun pertama subuh
beralihlah awan agar indahnya bintang disaksi alam sejagat
bersinarlah
kamu
BINTANG ku


18 June 2005
09:24 pm

di mana kamu bintang ku?
puas awan bertanya isi langit
tiada yang tahu
tahukan awan kini sedang sarat
menahan pecahan mendung
yang bakal tumpah titisnya?
kembali lah Bintangku.. :(

20 June 2005
5:11 pm
Ir..
D**n ingin sekali bertemu kamu
tapi keadaan belum memihak pada D**n
sambutlah salam kasih dari kejauhan
dari D**n
kamu sentiasa di hati
bintang ku


13 July 2005
5:44 pm

Tanpa masaalah dan ujian
tak akan wujud kematangan
kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah
adalah guru terbaik uktuk kita
"Sesungguhnya tiap2 kesukaran disertai kemudahan "
Ayat Al- Insyirah -6

15 June 2005
1.09 am

D**n terjaga dari tidur
dan D**n bermimpi
kekasih lama D**n menelefon dari Hong Kong
suaranya tersekat sekat
katanya dia di sana bertarung dengan takdir!
Sejenak D**n terjaga
terlihat message Ir
dan D**n terfikir
kenapa aku masih mengenang yang lama
ini adalah masa depanku
kamu
Bintang ku
:)
mengapa belum tidur bintang?
rindukah kamu pd Awan? ;)

20 June 2005
12:45 :03

Ir, bintang ku :)
D**n mahu Ir tahu tentang sesuatu

Ku kenal putih setelah ku kenal hitam
ku kenal jernih setelah ku kenal keruh
ku saring warna kehidupan
dari sekian banyak pengalaman
yang terapung di kolam jiwa
yang tersusun diatas peribadi
yang menjadikan aku
seorang pentafsir yang peka
pada setiap denyut mimpi jua desup realiti
pada setiap kilau sinar dan silau

Ini lah D**n , Ir..
dan Ir harus juga seKUAT ini!!

***



dan setelah 4 bulan lamanya kita berbalas utusan seperti ini, D**n
akhirnya aku melontar tanya
malang kamu tidak sudi
dan kamu memberitakan aku dengan
ini :

23 July 2005
22:40:36

WALAU APA JUA YANG BERLAKU..
D**N AKAN TETAP DAN SELALU KASIHKAN IR..
D**N AMAT SAYANGKAN IR..
TAPI SUNGGUH2 D**N BELUM MAMPU
MEMBUAT KITA.. MNJADI NYATA

23:02:17

MAAFKAN D**N
TETAPLAH KAMU SEBAGAI BINTANG
SEMOGA BINTANG BINTANG
MELINDUNG KAMU SEPERGINYA AKU

23 :11:29
MAAFKAN D**N
tinggallah BINTANG
ku

***


Awan.. ingatkah kamu akan setiap patah yang pernah terlontar dari mulut, jiwa dan hati kamu suatu masa dulu?
nak tahu tak macam mana Bintang tu boleh recall balik semua ni?
sbb Ir tulis setiap patah yang D**n pernah sms kt Ir dulu
in fact, Ir memang tulis semua sms dr D**n A*
terkejut tak?
terkenang tak?
percaya tak kamu D**n pernah buat janji2 macam nie dgn Ir?


tahu tak betapa sakitnya Ir selepas D**n pergi tu?
tak kisah lah D**n ..
dah
TAK penting lagi jawapan pada soalan nie
tapi kenapa ya..?
setelah 5 tahun
D**n kembali lagi?
dan itu
buat Ir ketawa mcm nk pecah jantung
sbb teringat
akan kebodohan Ir jadi penunggu yang setia
setia??
tak lah
penunggu yang dungu
yes..thats the word
:)

ketika kamu baca entri ini
sakitkah kamu?
teringin sgt aku nak tahu

D**n,
tahu tak kamu dah bunuh IR tu..?
Ir dah mati
lama sgt dh dia mati

bila kamu lihat aku yang sekarang ini, D**n
pernah tak kamu terfikir
bintang aku dulu tu
masih lagi seorang BINTANG
how is that possible?

sebab nya satu je D**n,
sbb bintang dulu tu ikut "nasihat" awan
jadi dia kekal
sebagai BINTANG
sampai hari ini, D**n
I suppose I should thanked you for that
kalau bukan kerana AWAN
BINTANG tak akan HIDUP
seperti yang kamu lihat
hari ini

:)

1 comment:

Anonymous said...

kalau bukan kerana AWAN

BINTANG tak akan HIDUP dan BERSINAR GAH

seperti yang org lain dapat saksikan

hari ini.

terima kasih Awan.

:)